lahir seorang kanak2 pada 3 oktober tahun 1990. sama seperti kanak2 lain yang ingin hidup dalam dunia fantasi seperti CINDERELLA yang menanti sepatunya dipulangkan oleh putera kacak, seperti SNOW WHITE yang tertelan apple beracun. bercita2 ingin disayangi seperti puteri beradu.. dan sebagainya..

Sunday, November 4, 2012

YOU MADE ME~ *tajuk paling tak tahan

selalu aku blank jap bila nak ber-mukadimah-kan blog aku.. isi nya ada..macam-macam aku nak cerita. tapi nak start tu haa.. jangan nanti aku buat cam slide show je nanti. buat ponit point penting je..hak ah.. "ponit" pon boleh rohayu.. tapi selalunya aku suka selitkan lagu sikit2.. beybeh beybeh beyybeh ouuu.. justin bieber?? ho nouuu!! okey dah t kene bash ngan belibers..belibers? cam tak betul je eja.. huhu sorry to say sorry to sayyyyy memang tak pandai apa2 pun pasal justin bieber. hahaha.

okey first off all aku nak cakap AKU SEDIHHH! . and the question is WHYYY...?? sebenarnya/actually bukan sedih macam sedih tu.. ni sedih yang macam tak sedih sangat. ehh macam mana? hahaha.. sedih yang ala2 sebak/terharu/sobbs sobbs/hukk hukk dan seangkatan dan sewaktu dengannya.. well..*ditekankan sikit intonasi ala2 president AMERIKA. sebelum ni ada aku post satu entry..entry paling latest bertajuk AL-KISAH. okey kat sini aku huraikan sikit pasal entry tu eh bagi yang belum baca... aku citer about my fair n lovely lecturer yang mana sudah pun berpindah ke KL bagi melanjutkan usia nya serta memertabatkan diri beliau kepada kerjayanya disana. *untuk cerita selanjutnya sila baca entry tersebut. DANN! ade lagi... beliau telah pun menjadikan entry aku itu sebagai satu penghargaan kepada diri beliau dan aku terharu... hehe.. beliau telah mengabdikan entry tersebut ke dalam laman muka buku dan blog beliau sendiri. okeii disini aku nak menggunakan kemahiran bahasa malaysia aku (fyi, SPM aku BM dapat 3B je ;p) untuk menghuraikan beberapa point penting dalam entry beliau yang aku highlightkan dan perlu diperbaiki:-

1)..aku cuma nak bagi tau yang aku sangat rindukan bandar kuantan..
correction: ..aku cuma nak bagi tau yang aku sangat rindukan ayu kat kuantan..

2)..aku terharu atas penghargaan salah sorang dari anak murid aku..
correction: ..aku terharu atas penghargaan salah sorang dari adik murid aku..

3)..mengabadikan kisah aku skit dalam blog ..
correction: ..mengabadikan kisah aku banyak dalam blog ..

4) terutama di kuantan... :) i miss u kuantan..
correction: ..terutama di kuantan.. :) i miss u ayu..

okey dah.. jap nak gelak *HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHA!!! fuhh..
ermm kepada ZUL AZHAN, maafkan saya penunggu gua.. mafkan saya penunggu gua.. hehehe..
btw, thanksss ;( dengan itu, saya nak nyanyi sikit.. dengar eh..

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you...lalalaaa

okey lirk dia agak over tapi so touched kan.. dan untuk mendapatkan effect lebih syahdu, aku tukar lagu kat blog aku ni yang duk play lagu T-ARA bila open je blog kepada lagu LISTEN by Beyonce. lagu feveret nih. huhu..

okey kepada yang nak/teringin baca entry lecturer aku tu, nah ni link terus ke entry tersebut:- TERHARU BACA AL KISAH... from therohayuareyou.blogspot.com

oh yaaa.. aku nak cakap yang aku baru je tambahkan gadjet kat blog aku ni.. blog hit tuu..yang kasi tahu bape banyak kali dah blog kita dikunjungi..agak ohsem jugak so aku pon masukkan gadjet tu kat celah atas tu.. haha..patutnya aku buat awal2 lagi..baru lah nampak ramai dah sekarang kan. huhu. tapi TIDAK MENGAPA! TIDAK USAH RISAU! *ehh macam iklan penyembur serangga dah pulak..btw,  improvement tu penting jyeahh :D

Thursday, November 1, 2012

Al-Kisah


Tell me goodbye, oh, tell me goodbye
Dakishimeta te wo
Tell me goodbye, oh, tell me goodbye
Hanasou
Boku wo wasureru koto ni jiyuu ni naru nara Baby
Tell me goodbye, oh, tell me goodbye...-
big bang
big bang punya lagu memey best ngat ngat. kan. sape setuju angkat kening! ho ho ho. baru je pun dengar lagu ni hahaha. dengar dengar big bang ada buat konset baru 2 ni kat KL eh? whuaaa!! tak nak pi pun. hahaha nak pi T-ARA nye konset jep. ade tiket lebih? bak mai..
okey okey okkeii.. walaupun Whitney Houston dan Michael Jacson dan pun meninggal dunia tapi bukan lah aku tujukan lagu good bye kat atas ni untuk mereka pun.. aku saje saje je copy paste dari google untuk korang. hehehe. emm sebenarnya... sebenar benarnya lah kan nye pun adoi, entry kali ni ditulis/ditaip melalui keyboard HP untuk story morry kat korang pasal seorang warganegara yang bernama MUHAMMAD ZUL AZHAN. okey kita bold kan nama tu.MUHAMMAD ZUL AZHAN.
25 tahun yang lepas, lahir seorang bayi lelaki yang comel. entah mana hospital, atau rumah kelahiran, ( mohon kasi salinan photostat i/c dan lesen ). maka bayi comel tersebut dinamakan SITI ZUL AZHANI. ehh MUHAMMAD ZUL AZHAN.. maka, dari hari ke hari membesarlah bayi dari hari ke hari. dengan ketinggian yang mencecah langit, booo booo ayu tipu.. booo.. erk bukan tinggi langit pun. tapi just nak cakap tinggi nya bayi tadi tu. ahhaha eh japp japp. ni dah macam nak buat novel je dah. tukar mood tukar mood.
okey let's make it simple like pimple. Last year habis dip aku masuk satu kursus tau. alah bukan kursus kecantikan. kursus pelansingan pun bukan. kursus 3D Animation. haa tu dia.. aku ngan ada la 2 3 orang lagi geng bas kolej aku yang dulu tu join kursus ni. okey like normal person aku ngan azreen ni siap2 nak pi kolej.
hari pertama: ehh takde lecturer lagi. ke macam mana ni?
rohayu: azreen, lecturer kite laki ke pempuan ek?
azreen: mana lah aku tahu
rohayu: *muka bodoh *kelas bising bersama en.bahrin
azreen: ayu! wehh tengok sana. *muncungkan bibir
rohayu: ape lah!?
azreen: *memanjangkan lagi muncung ke arah pintu.
rohayu: waaa.. tu ke lecturer kita? ahh hensemnye..dagedikgeduk. haha
azreen: aku tau dah mesti ko suka nye lah. hensemm. hahahah*azreen mula gelak gedik
rohayu: *ahh azreen ni. lantak kau lah tapi memang best pun rasa.
so aku pun buat jelah muka naif dan penuh sopan. lagi pun masa tu aku dah ada bf pun. so takda lah nak rasa lebih pun kan. tapi memey best gila dapat lect kacak. (takda lah kacak sangat pun sebenarnya hahahahaha) sooo nak dijadikan cerita, day by day by day by day..semua berjalan lancar. maksud aku proses pembelajaran tu. walaupun rohayu dan azreen selalu ponteng kelas ala2 dah pro sangat masa tuh. nak dikaitkan dengan lecturer kacak aku dengan bayi comel tadi tu, sebenarnya bayi comel tadi tu dah membesar menjadi lecturer kacak aku tadi tu. muahahhaha. *tak lawak
nak aku citer sikit sal lecturer aku ni, dia sumpah sengal tahap dewa ! bukan dewa 19 group band indon tuu, tapi dewaaa.. dewa lah yang tuu.. emm paham paham jelah.. tabiat dia suka carik pasal then bila orang marah, dia akan gelak jahat macam ni HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA!!!!! dia tak pernah kalah okey. mungkin dia telah dilatih dengan baik. haha. yang paling tak tahan tu dia kantoi suka lagu yuna yang ape tuh, "terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu..nanananaa" haa yang tu,..hahaha sebabnya pernah dia TERnyayi dalam volume yang sangat rendah tapi betul2 bunyi cam tepi telinga aku ngan azreen hahaha..
azreen: *cuit2 pakai siku
rohayu: ape?!
azreen: dengar tak ?
rohayu: dengar ape?
azreen: orang tua tu nyanyi lagu yuna *tahan gelak
rohayu: *listen deep deep.. oh yeah! *pusing belakang kelip2 mata, senyum
zoul azhan: *pandang tanpa ada apa2 perasaan.
azreen,rohayu: ahhahaahahaha tak ley bla tul hahaha
kat situ dah hilang macho sikit dah. hahaha acam acam lah.. then hari hari semakin berlalu sampai aku practikal kat klang then habis... habis je practikal aku ditawarkan kerja kat INSPEDIA. satu syarikat 2D yang membikin kartun2 aimasi 2D. aku pun whatsapp zoul azhan ni pakai phone bukan galaksi note. mintak pendapat. then adalah jugak berhubung..aku kerja tak lama kat situ then aku balik kerja kat kuantan. yang lecturer aku ni masih kat kuantan.masih lagi meng-lecturer-kan diri beliau. aku selalu gak lah ber whatsapp dengan zoul azhan ni. aku dah anggap macam kawan, abang, lecturer n musuh. MUSUH?? ye lah.. aku antara orang yang suka mencarik pasal dan di carik pasal oleh beliau. ecececceee...... ten ten ten tennn dia cakap nak pindah kl semula dah. huuuuuuuwaa emm sedih. nangis jap.*basah baju *hidung berair. ouchh maskara kurang. tambah sikit..emm okey dah.
kenapa nak pindah? jawapan: malas citer
bila pindah?: 2/11/2012 *mengikut yang dilaporkan beliau
apa hadiah?: tengok lah dulu camne
shoo shadddd hukk hukk.. *play lagu titanic. next list, ombak rindu
haa nak diceritakan kat sini aku sedih la.. sebab?
1) kena tinggal
2) takut dilupakan
3) takde teman gaduh
4) takde teman gaduh
5) kan dah cakap kat no 4
6) sebenarnya....
takda sebab untuk kita bersedih kan?.. tapi kita tetap bersedih.. tak kira siapa pun dia, bagaimanapun dia, pasti kesedihan tu ada jika masa untuk berpisah tu tiba. jika punya rasa sayang, sedih itu adalah sebuah penghargaan. tak kira kawan, boyfriend,girlfriend, cikgu, mak, ayah, adik beradik, even binatang pun. sayang tu mesti ada.
so, kepada MUHAMMAD ZOUL AZHAN, selamat tinggal, jaga diri, jaga nama. wish you all the best and wish you WEREN'T go. you'll be missed~
"Farewell! God knows when we shall meet again." – William Shakespeare
May the road rise up to meet you, may the wind be ever at your back. May the sun shine warm upon your face and the rain fall softly on your fields. And until we meet again, may God bless you.- Rohayu

                                     katanya: yang ni nampak telus.
 

erkk..nak tengok rupa zoul azhan? okey jap aku curik pic kat fb dia.. jeng jeng jeng...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
V


 TADAAA!!!!
 
eh ehh silap!! lekk lu.. hahahahaaa ni yang bawah ni ha..  peace..dalam kenangan. ehh! huhu
bye bye mr.zoul.. );
p/s: tak suka dia ada misai

Sunday, October 28, 2012

BABI

tuutt..babi! tuttt.. babi! . ouhh mencarut lak. bukan.. bukan.. *geleng-geleng kepala terpelanting anting-anting. okey. babi. sejenis haiwan berkaki empat mempunyai dua jenis je aku tahu..hehehehe mungkin ada banyak jenis kot tapi kan aku dah cakap tadi 2 jenis je yang aku tahu..hehehe iaitu babi hutan dan babi pink ekor kerinting toink toink hahaha! yang pink tu comel okey hahahaha! so for now aku nak citer sal babi yang tak pernah menang award comel langsung pun..babi hutan. atau nama saintifiknya "baobi houtanousi elgebrigata" dari kamus aku sendiri yang boleh didapati di rumah aku sahaja. hahaha. "BUKAN UNTUK DIJUAL" huhu tipu je.. tak tahu lah nama dia ape. jap search google ek.. jap.. haaa ni dia "Sus scrofa" <--nama saintifik. kalau omputih panggil dia "wild boar" best jek bunyi die.. kalau bahasa melayu je bunyi dia keji sikit enn? huhu

Babi hutan ni boleh mencapai 440 paun (200 kilogram)  untuk babi jantan dewasa, boleh mempunyai ketinggian sehingga 6 kaki panjangnya. menurut wikipidea..*muka serius. okey okey sambung..Jika diperanjatkan atau dikepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya. haa see? hebat kan?

tappiii wikipedia ni tak nyatakan pulak atau mungkin aku yang tak habis baca kan yang babi ni tak dilengkapi dengan brek, sistem untuk membelok ke kiri dan ke kanan, juga tak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang utama terutamanya air bag. tapi mungkin ada GPS kot muaahahah. asal lah aku cakap gini? hahaha sebab.. sebab.. one day sehari selepas raya korban, atau senang nak faham raya korban hari ke-2, aku n family nak pi meraya kat segamat. lalu lah dekat highway eh highway ke? err entah. tapi nak citer kat sini, aku dengan kelajuan manusia normal yang tak laju mana pun time tu 120km/j. kereta dari arah depan aku pun agak laju agak2 aku lah dalam 130km/j to 140km/j kot. kereta naza ria warna biru muda gitu..okey..aku rilek je sambil drive myvi aku layan lagu beyonce time tu.. tajuk dia listen..

Listen, I am alone at a crossroads ..
I’m not at home, in my own home
And I tried and tried
To say whats on my mind
You should have known
Oh,
Now I’m done believ in you
You don’t know what I’m feelin
I’m more than what, you made of me
I followed the voice
you gave to me
But now I gotta find, my own..


okey dah dah..hehehe.. tengah layan aku nampak kat depan sebelah kanan ada gerak2 semak..sekali pushhh!! macam superman tetiba muncul babi hutan da.. agak besar gak ah..  dia straight je dengan laju selaju naza ria tadi tu kot.. pastu tanpa rasa bersalah atau malu, dia lintas jalan dengg!!!!!! *bunyi naza ria tadi langgar babi tadi. OMG! homai homaiiii.. aku pun konon2 hebat pusing stereng elak dari kereta naza yang konon2 elak jugak dari langgar babi tadi masuk ke jalan aku.. pehh!! babi tu terpelanting dengan hebatnya sambil ada satu dari anggota badannya tercampak melepasi mereta aku.. badan dia lak terpelanting arah lain. berjerebu! mungkin bulubulu halus dia kut berterbangan bebas..air n darah terpercik kena cermin kereta aku. ahhhhhhhh dalam hati aku.. si*l tol grrr.. mak n abah aku yang enak dibuai mimpi dengan lagu beyonce aku tadi tu terus terjaga n tanya jerebu apa ni? awat?? aku dalam hati.. cehh tak membantu langsung.. tapi aku pun start lah citer kat diorang dengan semangatnya siap intonasi ala2 story telling wakil sekolah gitu.. haa.. abah aku pon oo.. memang bahaya babi ni.. dia pulak yang start cerita.. ada anak kawan dia kena langgar babi. ulang sekali lagi, DIA KENA LANGGAR DENGAN BABI. bawak moto sensorang pastu babi keluar terus langgar dia. tak pasal jatuh motor masuk sepital. adoii.. ermm

haa tu kan tu kan aku dah cakap memang tak da ciri2 keselamatan langsung babi ni. jadi kepada sesiapa yang diluar sana, belilah kancil ke, rusa ke,..kalau beli kancil minyak pun save. ehh? tetiba. hahaha..
okey tu je citer aku.. aku pun sampai umah makcik aku kat segamat dalam keadaan baik sejahtera makan sup daging.. balik umah je terus mak aku tolong samak kan kereta aku pakai air tanah.. pehh kena aku basuh kereta sekali lagi.. apepun, lega sebab bukan kereta aku yang langgar babi tu. heheh kepada pemilik naza ria biru tersebut terima kasih :d hehehhe..

nasihat aku kali ini: fokus pada pemanduan anda kerana babi tak ada brek dan air bag. muahahaha! bye!

Sunday, October 21, 2012

oh malaysiaku

owhhuuu! apa cer pulak neh? ahahah.. saje buat gempak. like a G6! like a G6!ehhehe.. aku ada jari tengah. korang tak da. kalau ada angkat tengok. ahaa tu dia.. em tertarik ngan entry kat muka buku aku ni ada nyonya mengamuk. konon rasa puas kot angkat jari tengah. Waaa! aku teringin nak buat teringin wehh.. tapi tak payah lah duk buat sakai nanti orang benci. emm.

ni..aku bukan nak citer pasai nyonya ni. nak citer sal awek2 la ni yang ada perangai iras2 ni lah jugak. alahai.. muka lawa, jari huduh. tak bleh nak buat apa la..*tepuk dahi hentak kaki. ni, aku nak habaq mai.. tak kira lah pempuan ka, lelaki ka, toksah la duk buat lagu nih. mak mentua tak bekenan duk tunjuk pak mentua punya. eh ups hahaha!

pastukan, pasal vid ni, aku angkat jari kat dahi tabik la.. masuk youtube glemer babe. pastu yang duk record tu power habes ahh berani duk record orang duk marah2. haha kalau aku, mahu pejam mata buat2 pitam. takut aihh..
bila dipikir ke arah positifnya memang tak ada langsung langsung langsung. tudia punya nak habaq tak dak langsung hehehe..em baguih jugak kalau ada sukan "jari ku jari mu." angkat jari tengah paling sempoi. mesti malaysia juara 12 tahun berturut2. amek nak! aku nak lantik rozita che wan jadi juri. kenapa rozita che wan? eh eh suka aku lah ahaha boleh gitu? haha.

ah ah ah sodah la. okey kali ini entry ditulis atas dasar oh Malaysia ku. adat dijunjung hilang dimamah ragam. Lu Pikir Lah Sendirik.  last, BUDI BAHASA BUDAYA KITA . peace yo!

Thursday, October 18, 2012

AKU dan LOAN

KUNINGmu bara semangat waja
KUNINGmu bersih budi pekerti
KUNING berdaulat payung negara
KUNING perpaduan kami semua!!


motif motif motifffffff fuuuuuuu ape dia? hehehe.. jyeah loan kereta dah lepas. aku ada, kau ada? lagi sekali, aku ada, kau ada? okey, gedik. eh eh eh serious nih. memang dah lulus. baru jek tadi uncle cina tu call. apa nama Edward kot. edward cullen?? ohh ofcoz bukan.. edward ku chik bla bla bla *tak ingat. tak penting nama dia, tapi dia yang buat kasi loan aku lulus. Kuning? kenapa dengan kuning? hehehe kete aku kaler kuning jyeahh. hahaha. so sekarang bukan nak citer sangat sal kuning tu. tapi nak story sal LOAN. kenapa dengan loan? apa loan tu? loan tu sapa mak bapak nya? kampung mana? hooooo LOAN atau nama saintifiknya "LOAN" bukan binatang berkaki dan bersayap tapi loan adalah pinjaman berupa wang/money/pitih dari bank. punya aku nak citer ni sal loan pertama aku yang mana hubungan kami tak lama. putus ditengah jalan kerana aku dan loan yang pertama ni ada jurang pemisah. hubungan tak direstui sobbs sobbs... erkk? ok drama lebih.back to topic, loan yang first failed sebabnya bank tuh kerrek *bahasa orang muda* nak mampos. nak salary statement. aku x lepas. sebab aku baru nyetat keje x sampai sebulan. so dia reject loan aku dengan kejam tanpa kata. jahat gila. then aku dah give up nak tunggu je 3 bulan untuk dapatkan salary statement aku. yang abah aku guling kanan guling kiri mandi tak basah makan tak kenyang pikir loan aku x sebenarnya.. emm and NOW DAH SETEL!! jeng jeng jeng awhhhh love you edward love you..sekali lagi love you! lompat2, goyang lemak.
aku dah search image kat en.google gambar bakal kereta aku dan aku lampirkan kat bawah ni. pih tengok pih tengok sanaaa.. heee over je. ahh pedulik ape kan..aku ada, kau ada?? hihihi janga aaa marah aku..aku lawak ja nih..
 
 
 
 
 

Wednesday, October 17, 2012

DEWASA

ten ten ten tennn turutu tut tuut.. jyeah.. entry by entry dibelek2. baca semula semua post-post lepas, HAHAHAHAHAHAHA geli bulu hidung. now rohayu dah dewasa. *libas2 rambut. kelip2 mata
  okey, cukup lah mukadimah. dah lama tak update blog. bersawang dah.
ehemm. sebelum ni aku ada baca satu blog ni dia maen game taip laju-laju tanpa tekan backspace. jom try!


rasanya macam x susah pun nak taip laju-laju tak tekan backspace ni. tengok xda salah pon lagi kan? wakakakakaa.. ehh kalau pakai galaksi(phone touch scerr ehh salap ahh silap! semula semula phone touch screen haa betul ;p) payah sikit nak kena betul -betul punya touch..kalau tak tyypo sepanjang jaan dari kuantan d eh jalan dari kuantan sampai alor gajah punya typo. ahh dah ngarut. cukup cukup sudah *nyanyi sikit. err macam x teruk sangat je typo aku ni. heheh bangga *tangan di dada, mata ke atas. awww. huhuhu.eh eh eh. dah nak raya kan? okey selamat hari raya korban buat semua rakyat malaysia janji ditepati.*tetiba. baju raya color purple. jyeahh tak sabar. hope makcik tu biuat buat baju kasi siap kalau x aku g bakar kedai die sekali ngan kedai2 die sekali. ahh sodah lah. tak mau tulis panjang2 dah

bye2. :)

Tuesday, September 20, 2011

Bercinta dengan Dato' S

p/s: bercinta memang best.tapi sakit~
*gambar hiasan


uwww gempak seyh tajuk kali ni.. keh keh keh..



tak payah nak dato' sangat lah kan.. takde lah Dato'.. i je yang sibuk panggil "orang tu" dato'..

kenapa?? suka hati i lah kan.. blog i kot.. kih kih.. the story mory mory die camni..



lepas je habis final xzam i dengan rasminya bergelar PENGANGGURAN BANYAK ACARA.. so bermulalah kegiatan pencarian kerja i di seluruh kuantan.. bertemankan lagi sorang kawan i.. name manje die "adeq reyna" .. kehulu kehilir naek CBW i..sebuah kapcai yang diperolehi dari abah i..terima kasih abah. ok back to the topic!

i ngn adeq reyna cari tempat interview sana sini..satu hari timbul 1 idea nak try apply kat celcom center. tapi silap masuk simpang pulak.hasilnye i terpaksa jalan agak jauh cikit dari parking.. bla bla bla.. lepas je keluar dari celcom center, i pon lenggang2 punggung dengan adeq reyna..memang konon2 habis cun la jalan time tu..haha..then,sampai parking. Tetibe je ade LEXUS PUTIH parking baik punye belakang motor i..adeq reyna dengan kepala angin sepoi tak berapa nak sepoi time tu pun naik angin macam nak marah..macam la.. sebab tak sempat nak marah lg pemandu die open cermin kete die yang agak mahal tu then tye i :



he: nak keluar ke?

adeq reyna: ye lah! tak nampak ke nk keluar ni?

*dia pon suam2 badak revers sikit kerete die..

adeq reyna: melayu??

he: melayu..

adeq reyna: ayu, ce try tye keje kat die..

me: abg, abg xde keje ke?*soalan macam bodoh je kan.haha

he: nape? nak cari keje ke?

*die pon kuar kete..fuhh hensem cam korea!

me: hak ah..

he: cube awak g kat depan bla bla bla bla..abg nak masuk butik ni jap amek baju.

me: ok..



i pon bersama adeq reyna menyetat moto blah... g tempat yg mamat tu cakap..dah tu naek ofis..rupenye mamat tu bos daa..hahah nak gelak time tu..

ok time to interview..die bawak kuar 2 set soalan berkeping2 sorang..sikit puye banyak soalan bodoh kat dalam tu suh i nan adeq reyna jawab..adoila.. contoh soalan die: apa binatang peliharaan? brape ekor? =.=''
ok fine i pon bedal jelah kan.. dah tu kene pulak masuk bilik die interview..dekat 2jam setongah duk lam tu saje.tah ape yg kitorang borak pon tak hingat dah..dari duduk tegak konon2 interview terbaek lah..sampai ke kaki lipat sila atas kusi siap pakej pusing2 kusi lagi xleh blah tu..haha..rilex saje.. then dah setel, dia nan timbalan die bg bisnes kad,kitorang pon nak angkat kaki blah la..tapi sebelum tu sempat pulak mamat ala2 korea tu cakap "i ingatkan u all nak ngorat i kat luar td haha"..grrrr apedaaa... :'p




yang bestye timbalan die "abg T" (bukan name sebenar) panggil die Tuan S---.yg kitorang ni blurr nak pggil ape..sebab kat luar tadi panggil abg..nak gaduh lak tu..hmm kitorang bedal je pggil encik.haha. slumber sudah~

time tu i macam dah naik gatal sikit dah ngn mamat tu..tp buat donno jelah..dalam hati cakap "alah,macam die pandang aku" ok i mengalah je.


tak puas hati,esok i text die i ajak maen boling. bodoh tak bodohnye i,i ajak time orang solat jumaat?? adoyaii..haha bengong! tapi die tak reply..ok i faham dia tak nak layan..



sebulan berlalu~~~~



suatu petang yg indah.. kringgggggg phone merah i yang macam mahal tak mahal tu berbunyi.. i answer..jeng jeng jeng..sekali suara mamat tu daaa...i gelarkan dia Dato' S.. sebab? saje sesuka hati i lah kan.. then i borak punye borak punye borak...habis... pastu tak puas hati mesej2 pulak dah..siang malam.. hati makin bunge2 tiap hari..nakal2 dato' s i suke..comel...huhu..



hey! i think im in love.. tapi ada 1 rahsia besar yang tibe2 dato' gtaw i.. errr yang tu biarlah rahsia eh.. tapi pada mulenye i macam tak boleh terime..tapi lame2 bila sayang mengatasi semuanya hilang rasa gundah tu..cewah..(pengaruh novel cinta)..



ok, sekarang kitorang bahagia walau hari2 dato' sangat bz dengan bisnes..takpe i sanggup..bahagia kot..

satu hari baru2 ni kitorang macam dah jadi renggang cikit..ade krisis..tapi tiap2 hari i tunggu dato' i... i miss him so much.. nasib baik ade abang T yang selalu teman n amek hati i bila dato' selalu bz n terabaikan i kadang2..



for your information abang T kini abang angkat i secara rasminya..hahaha!!



karakter Dato' S:

-Romantik

-manis

-gigi yang seksi

-rambut blond lurus

-putih

-mata sepet

-pandai berkata2..

-sweet saaaangat

-nakal

-sangat SIIIBUUUKKK!!

-suka berjanji

-selalu mungkir janji

-mampu mengeluarkan ayat2 yang super power bagi menambat hati i..

sekian..





TADAA!!!! itulah kisah cinta dengan Dato' S.. biarpun tak lame..tapi sayang ni dah melebihi lahar gunung api untukmu sayang...





I LOVE YOU Dato'....