tuutt..babi! tuttt.. babi! . ouhh mencarut lak. bukan.. bukan.. *geleng-geleng kepala terpelanting anting-anting. okey. babi. sejenis haiwan berkaki empat mempunyai dua jenis je aku tahu..hehehehe mungkin ada banyak jenis kot tapi kan aku dah cakap tadi 2 jenis je yang aku tahu..hehehe iaitu babi hutan dan babi pink ekor kerinting toink toink hahaha! yang pink tu comel okey hahahaha! so for now aku nak citer sal babi yang tak pernah menang award comel langsung pun..babi hutan. atau nama saintifiknya "baobi houtanousi elgebrigata" dari kamus aku sendiri yang boleh didapati di rumah aku sahaja. hahaha. "BUKAN UNTUK DIJUAL" huhu tipu je.. tak tahu lah nama dia ape. jap search google ek.. jap.. haaa ni dia "Sus scrofa" <--nama saintifik. kalau omputih panggil dia "wild boar" best jek bunyi die.. kalau bahasa melayu je bunyi dia keji sikit enn? huhu
Babi hutan ni boleh mencapai 440 paun (200 kilogram) untuk babi jantan dewasa, boleh mempunyai ketinggian sehingga 6 kaki panjangnya. menurut wikipidea..*muka serius. okey okey sambung..Jika diperanjatkan atau dikepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya. haa see? hebat kan?
tappiii wikipedia ni tak nyatakan pulak atau mungkin aku yang tak habis baca kan yang babi ni tak dilengkapi dengan brek, sistem untuk membelok ke kiri dan ke kanan, juga tak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang utama terutamanya air bag. tapi mungkin ada GPS kot muaahahah. asal lah aku cakap gini? hahaha sebab.. sebab.. one day sehari selepas raya korban, atau senang nak faham raya korban hari ke-2, aku n family nak pi meraya kat segamat. lalu lah dekat highway eh highway ke? err entah. tapi nak citer kat sini, aku dengan kelajuan manusia normal yang tak laju mana pun time tu 120km/j. kereta dari arah depan aku pun agak laju agak2 aku lah dalam 130km/j to 140km/j kot. kereta naza ria warna biru muda gitu..okey..aku rilek je sambil drive myvi aku layan lagu beyonce time tu.. tajuk dia listen..
Listen, I am alone at a crossroads ..
I’m not at home, in my own home
And I tried and tried
To say whats on my mind
You should have known
Oh,
Now I’m done believ in you
You don’t know what I’m feelin
I’m more than what, you made of me
I followed the voice
you gave to me
But now I gotta find, my own..
okey dah dah..hehehe.. tengah layan aku nampak kat depan sebelah kanan ada gerak2 semak..sekali pushhh!! macam superman tetiba muncul babi hutan da.. agak besar gak ah.. dia straight je dengan laju selaju naza ria tadi tu kot.. pastu tanpa rasa bersalah atau malu, dia lintas jalan dengg!!!!!! *bunyi naza ria tadi langgar babi tadi. OMG! homai homaiiii.. aku pun konon2 hebat pusing stereng elak dari kereta naza yang konon2 elak jugak dari langgar babi tadi masuk ke jalan aku.. pehh!! babi tu terpelanting dengan hebatnya sambil ada satu dari anggota badannya tercampak melepasi mereta aku.. badan dia lak terpelanting arah lain. berjerebu! mungkin bulubulu halus dia kut berterbangan bebas..air n darah terpercik kena cermin kereta aku. ahhhhhhhh dalam hati aku.. si*l tol grrr.. mak n abah aku yang enak dibuai mimpi dengan lagu beyonce aku tadi tu terus terjaga n tanya jerebu apa ni? awat?? aku dalam hati.. cehh tak membantu langsung.. tapi aku pun start lah citer kat diorang dengan semangatnya siap intonasi ala2 story telling wakil sekolah gitu.. haa.. abah aku pon oo.. memang bahaya babi ni.. dia pulak yang start cerita.. ada anak kawan dia kena langgar babi. ulang sekali lagi, DIA KENA LANGGAR DENGAN BABI. bawak moto sensorang pastu babi keluar terus langgar dia. tak pasal jatuh motor masuk sepital. adoii.. ermm
haa tu kan tu kan aku dah cakap memang tak da ciri2 keselamatan langsung babi ni. jadi kepada sesiapa yang diluar sana, belilah kancil ke, rusa ke,..kalau beli kancil minyak pun save. ehh? tetiba. hahaha..
okey tu je citer aku.. aku pun sampai umah makcik aku kat segamat dalam keadaan baik sejahtera makan sup daging.. balik umah je terus mak aku tolong samak kan kereta aku pakai air tanah.. pehh kena aku basuh kereta sekali lagi.. apepun, lega sebab bukan kereta aku yang langgar babi tu. heheh kepada pemilik naza ria biru tersebut terima kasih :d hehehhe..
nasihat aku kali ini: fokus pada pemanduan anda kerana babi tak ada brek dan air bag. muahahaha! bye!
No comments:
Post a Comment