lahir seorang kanak2 pada 3 oktober tahun 1990. sama seperti kanak2 lain yang ingin hidup dalam dunia fantasi seperti CINDERELLA yang menanti sepatunya dipulangkan oleh putera kacak, seperti SNOW WHITE yang tertelan apple beracun. bercita2 ingin disayangi seperti puteri beradu.. dan sebagainya..

Thursday, December 20, 2012

AKU

Jangan ditanya,
mengapa pasir tidur di tepi pantai,
Jangan ditanya,
mengapa angin tidak kelihatan,
jangan ditanya,
kenapa matahari seperti kelam.
jangan ditanya,
kenapa aku adalah ayu yang rohayu,

Aku,
ayu yang rohayu,
tak tahu apa-apa cuma cuba bertahan,
tak tahu apa erti hidup cuma cuba bertahan,
seperti tidak tahu mengapa langit itu biru,
seperti tidak tahu mengapa matahari itu panas,
seperti tidak tahu mengapa hati punya perasaan.

Aku,
ayu yang rohayu,
tiada jawapan atas setiap soalan,
"ayu, kau heppy?"
"ayu, kau sedih?"
"ayu, kau kenapa?"
"ayu, kau okey?"
"ayu, ........"
jangan ditanya..
ayu tiada jawapan seperti rohayu.
ayu tidak tahu apa-apa seperti rohayu.

Aku,
Sepertinya sudah give up kah?
sepertinya sudah mahu matikah?
sepertinya ...................

Aku,
dah tak tahu nak kata apa,
jadi wassalam,
dari aku, ayu yang rohayu..


No comments:

Post a Comment